Thursday, August 31, 2006

National Day Wish



Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 49

Harapan Perdana Menteri Malaysia supaya masyarakat Malaysia yang majmuk memelihara semangat permuafakatan dan kerjasama tepat pada masanya. Pemeliharan beliau bahawa pembangunan negara yang dinikmati sekarang adalah hasil perpaduan yang terjalin antara rakyat pelbagai kaum dan agama selama ini tepat sekali. Kalaulah berlaku apa-apa kekacauan, pembangunan pesat yang di nikmati selama ini tentu akan hilang begitu sahaja. Ucapan beliau tentang perlunya perpaduan kaum dan agama tepat pada masanya kerana kini telah berlaku beberapa perkara perkauman and agama yang tidak begitu memuaskan.

Baru-baru ini dalam ucapan naib presiden Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, beliau mengingatkan ahli-ahli UMNO mengapa mereka perlu bersatu kerana jika tidak kaum bukan bumiputra akan mengambil kesempatan jika UMNO lemah. Mengapakah ingatan Khairy begitu lemah? Dalam krisis UMNO tahun 1998, bila UMNO digugurkan, bukankah MCA sebagai parti sah yang terbesar dalam kerajaan mengambil balik UMNO (Baru) ke dalam Barisan Nasional? Jika MCA hendak mengambil kesempatan untuk merebut kuasa, bukankah itu masa yang paling baik? Siapakah yang mengambil kesempatan bila ada krisis dalam UMNO? Tentu sekali bukan MCA.

Di Hari Kemerdekaan ke 49 tahun ini, harapan saya adalah supaya Malaysia boleh mengujudkan sebuah parti politik and masyarakat dimana kaum dan agama tidak memainkan peranan yang penting di dalam politik and ekonomi. Bangsa Malaysia telah lama disebut, tetapi tetap menjadi impian. Entah sampai bila baru impian ini akan menjadi kenyataan.

Happy National Day Malaysia!

No comments: